Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP BAGI PENEBANGAN DAN CANTASAN POKOK
Lokasi:
1. Jalan Pekaka 3, Taman Perling
2. Jalan PI 10/1 Taman Pulai Indah
3. Jalan Laman Setia 1/7, Taman Eco Garden.
4. Jalan Pahlawan 5, Taman Ungku Tun Aminah
5. Jalan Kunang-Kunang, Taman Desa Permai
6. Sekolah Agama Lima Kedai
7. Jalan Uda Utama 5/20
TINDAKAN:
Kerja-kerja cantasan, penebangan pokok berisiko, pengalihan tanaman haram serta pembersihan pokok tumbang sedang giat dilaksanakan berdasarkan aduan orang awam dan pemeriksaan berkala oleh Jabatan Landskap.
Tindakan ini dijalankan oleh Unit Tebang Cantas (UTC) MBIP bersama kontraktor yang dilantik oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, khususnya yang melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam.
Kerja-kerja penyelenggaraan ini tertumpu di kawasan awam seperti laluan utama, kawasan perumahan serta taman permainan dan kawasan sekolah dengan objektif memastikan pokok berada dalam keadaan sihat, stabil dan selamat. Usaha ini secara langsung dapat mengurangkan risiko kejadian pokok tumbang atau dahan patah yang boleh membahayakan orang ramai.
Pihak Jabatan Landskap MBIP sentiasa komited dalam memastikan keseimbangan antara kesihatan pokok dan keselamatan awam berada pada tahap optimum. Penilaian risiko serta pemeriksaan kesihatan pokok dilaksanakan secara berterusan bagi menjamin kelestarian landskap hijau dalam kawasan pentadbiran MBIP.
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi
YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor

