KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
CAR FREE NIGHT ISKANDAR PUTERI 2026 : MAY VIBE
16 Mei 2026 | Dataran Laksamana, Bandar Medini, Iskandar Puteri

Suasana malam hujung minggu di Dataran Laksamana meriah dengan penganjuran Car Free Night Iskandar Puteri 2026 : May Vibe dengan kerjasama Iskandar Investment Berhad (IIB), Iskandar Malaysia, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim dan Ibu Pejabat Polis Kontinen Johor - IPK Johor Bahru yang menghimpunkan komuniti setempat melalui aktiviti riadah dan gaya hidup sihat selaras agenda bandar rendah karbon dan lestari.
Antara tarikan utama ialah Fun Run 5KM dan Fun Ride 5KM, selain jualan food truck, car boot sale, zon permainan kanak-kanak, free cycling area serta cabutan bertuah dengan penyertaan percuma.
Program turut diserikan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP bersama Ahli majlis, warga kerja MBIP dan komuniti setempat. Majlis juga menyaksikan sesi penyampaian hadiah Pertandingan Video Menarik “Live It Up: Luna Lights Wonderland”.
Program ini diharap terus memperkukuh komuniti, memupuk budaya hidup sihat dan memperkasakan Iskandar Puteri sebagai bandar berdaya huni.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri