KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2026
20 Mei 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Kesihatan Awam dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRDA) – Iskandar Malaysia telah menganjurkan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat MBIP Tahun 2026.
Program ini dilaksanakan selaras dengan sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (World OSH Day) Tahun 2026 yang bertemakan “Bersama Memastikan Persekitaran Psikososial Kerja Yang Sihat”.
MBIP sentiasa memberi perhatian serius terhadap aspek kesejahteraan mental, emosi dan sosial warga kerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, positif, produktif serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran pekerjaan masa kini. Program ini diadakan dengan kerjasama dari pelbagai pihak termasuk Hospital Sultanah Aminah, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Hospital Kensington, Hospital Columbia Iskandar Puteri, Hospital Columbia Tebrau, IHT Rehab, Eyesmate Optometrist, Artistree, TS Media, Double Happiness, FitArch, Bricks in Plastic, Terra Green, Dottera dan Jacelyn Health Massage Workshop.
Pelbagai pengisian menarik telah diadakan antaranya:
Ceramah dan Pameran Kesihatan (Health & Wellness)
Program Derma Darah
Pertandingan Mewarna “Sekolah Saya Selamat”
Anugerah OSH Terbaik (OSH Champion)
Anugerah Pemerhati Bahaya Terbaik (Hazard Spotter)
Pertandingan Cipta Logo dan Slogan
Jualan trak sajian
Majlis turut disempurnakan oleh Tuan Haji Ezahar bin Abu Sairin, Setiausaha MBIP serta dihadiri wakil rasmi IRDA, Encik Arif bin Kasmuri, Ketua Penyelidik Pasaran.
Semoga program ini terus menjadi platform terbaik dalam meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta penghayatan warga kerja terhadap kepentingan budaya kerja selamat dan sihat.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri