KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Mei 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP BAGI PENEBANGAN DAN CANTASAN POKOK
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Landskap sedang giat melaksanakan kerja-kerja cantasan, penebangan pokok berisiko, pengalihan tanaman haram serta pembersihan pokok tumbang di beberapa lokasi dalam kawasan pentadbiran MBIP.
Lokasi terlibat:
1. Jalan Hang Jebat, East Ledang
2. Jalan Ceria 1
3. Persiaran Medini Sentral
4. Jalan Camar 3, Taman Perling
5. Jalan Ismail Sultan, Gelang Patah
6. Jalan Utama, Taman Sri Pulai
7. Jalan Kemuliaan 30, Taman Universiti
8. Jalan Jaguh 4, Taman Harmoni
9. Jalan Sentral 19, Taman Nusa Sentral
10. Jalan Sentral 25, Taman Nusa Sentral
11. Sekitar Masjid Bukit Indah
Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh Unit Tebang Cantas (UTC) MBIP bersama kontraktor yang dilantik berdasarkan aduan orang awam serta pemeriksaan berkala oleh Jabatan Landskap.
Pelaksanaan penyelenggaraan ini bertujuan memastikan pokok berada dalam keadaan sihat, stabil dan selamat, khususnya di kawasan awam seperti laluan utama, kawasan perumahan dan taman permainan. Tindakan pencegahan ini penting bagi mengurangkan risiko kejadian pokok tumbang atau dahan patah yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam.
Jabatan Landskap MBIP sentiasa komited dalam memastikan keseimbangan antara kelestarian landskap hijau dan keselamatan awam terus terpelihara melalui pemeriksaan kesihatan pokok serta penilaian risiko secara berterusan.
MBIP turut menyeru orang awam agar bersama-sama menjaga kebersihan kawasan kejiranan dan taman permainan bagi mengelakkan pembiakan vektor penyakit seperti denggi demi mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan sejahtera.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri