Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
BIG SCREEN FINAL PIALA MALAYSIA 2026
24 Mei 2026 | TMIYC, Iskandar Puteri
Suasana di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Iskandar Puteri memang meriah apabila para penyokong hadir beramai-ramai menyaksikan Program Tayangan Big Screen Final Piala Malaysia 2026 melibatkan Johor Darul Ta’zim FC dan Kuching City FC.
Sorakan dan semangat Harimau Selatan jelas terasa sepanjang perlawanan apabila penyokong bersama-sama memberi sokongan padu buat JDT di pentas final.
Program ini turut selari dengan Aspirasi Maju Johor 2030 melalui pembudayaan sukan, penglibatan komuniti serta pembangunan ekosistem sukan yang lebih progresif.
Turut hadir memeriahkan program ialah Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP; Puan Wan Hezlin Enis Wan Ismail, Naib Presiden Kelestarian dan Komuniti (IRDA); Puan Chuah Lee Hui, Ahli Majlis Zon 20:Tun Aminah; serta Encik Tambi Omar bin Latip, Setiausaha Ahli Majlis bersama komuniti Iskandar Puteri.
Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program ini dalam suasana penuh semangat kesukanan dan perpaduan.

