Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
BANTUAN KASIH JOHOR (BKJ) FASA 4, DUN SKUDAI
29 Mei 2026 | Dewan Taman Pulai Utama
Sekitar lawatan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP bagi meninjau serta memantau kelancaran penyaluran Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 bagi DUN Skudai yang berlangsung di Dewan Taman Pulai Utama, Skudai.
Program BKJ pada kali ini melibatkan dua kategori bantuan iaitu:
• Bantuan Pasangan Baru Berkahwin Bukan Islam
• Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja
Penyerahan bantuan telah disempurnakan bersama oleh Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru serta Yang Berhormat Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar.
Program ini dikelolakan bersama oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), Ahli-Ahli Majlis MBIP, Ketua-Ketua Kampung serta para pemimpin masyarakat setempat.
Alhamdulillah, penyaluran bantuan yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam telah berjalan dengan lancar, tersusun dan teratur, melibatkan lebih 5,000 penerima manfaat Bangsa Johor bagi kawasan DUN Skudai.


