KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Ogos 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
      
RUANG MEKAR 4.0 @ TMIYC ISKANDAR PUTERI : HAB KEUSHAWANAN, BELIA & KOMUNITI
31 Julai 2026 | TMIYC Iskandar Puteri

Suasana di TMIYC Iskandar Puteri cukup meriah dengan berlangsungnya pembukaan Program Ruang Mekar 4.0 yang menghimpunkan pelbagai usahawan tempatan dalam satu platform untuk mempromosikan produk dan mengembangkan perniagaan mereka.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang turut meluangkan masa berkunjung ke setiap reruai jualan, beramah mesra dengan para usahawan serta menyantuni pengunjung yang hadir.
Dianjurkan hasil kolaborasi antara MBIP dan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Ruang Mekar 4.0 bukan sekadar lokasi membeli-belah, malah menjadi ruang komuniti yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.
Penganjuran program ini turut mengukuhkan peranan TMIYC Iskandar Puteri sebagai pusat pembangunan belia dan komuniti yang menyokong aktiviti keusahawanan, pembangunan bakat serta penganjuran pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Masih sempat untuk singgah! Ruang Mekar 4.0 berlangsung sehingga 2 Ogos 2026, dari 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam di TMIYC Iskandar Puteri. Jom datang sokong usahawan tempatan sambil meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri