Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
MBIP ANGKAT WARISAN JOHOR DI PENTAS HARI LANDSKAP NEGARA 2026
5 Ogos 2026 | Stadium Hang Jebat
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menyertai Pertandingan Laman PBT Negeri Johor sempena Hari Landskap Negara (HLN) 2026 menerusi konsep “Regalia: The Essence of Johor’s Heritage”, yang mengangkat seni tenunan Kain Benang Johor sebagai inspirasi utama dalam penghasilan sebuah landskap yang meraikan warisan, identiti dan inovasi.
Berteraskan tema “Landskap Lestari, Malaysia MADANI”, The Land & Loom menampilkan sebuah pavilion yang menghubungkan seni tenunan tradisional dengan reka bentuk landskap kontemporari. Sebagaimana setiap helaian kain terhasil daripada jalinan benang yang tersusun rapi, setiap ruang dalam pavilion ini dizahirkan melalui gabungan elemen landskap, budaya dan teknologi yang saling melengkapi.
Pengalaman pengunjung diperkayakan menerusi pelbagai komponen interaktif seperti Spectrum Veil, Silken Flow, Dinding Tenun dan Digital Loom, yang mengajak pengunjung menghayati keindahan seni tenunan Kain Benang Johor dalam dimensi yang lebih moden, imersif dan bermakna.
Selaras dengan aspirasi pembangunan mampan, reka bentuk pavilion ini turut mengutamakan amalan kelestarian melalui penggunaan bahan semula jadi dan bahan kitar semula, sistem tuaian air hujan serta pendekatan Nature-based Solutions (NbS) bagi mengurangkan jejak karbon, memperkukuh daya tahan landskap dan menyokong pembangunan bandar yang lebih lestari.
Lebih daripada sebuah pameran landskap, pavilion ini menjadi simbol jalinan warisan, inovasi dan kelestarian yang membentuk identiti Johor untuk generasi masa hadapan.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen MBIP dalam memperkasa warisan negeri menerusi inovasi landskap, sekali gus menyokong aspirasi menjadikan Iskandar Puteri sebagai sebuah bandar pintar, mampan dan sejahtera.






