Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
MAJLIS PERASMIAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026
07 Ogos 2026 | Stadium Hang Jebat, Melaka
Majlis Perasmian Hari Landskap Negara (HLN) 2026 berlangsung meriah dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang turut menyempurnakan gimik perasmian sebagai simbol sokongan terhadap usaha memperkasa landskap hijau, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.
Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP, YBhg. Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP bersama Pengarah Landskap MBIP turut hadir memberikan sokongan kepada penyertaan MBIP menerusi Laman Regalia: The Essence of Johor selain penyertaan delegasi MBIP ke beberapa laman pameran yang diketengahkan sepanjang HLN 2026.
Penyertaan ini bukan sahaja menjadi platform memperkenalkan keunikan Iskandar Puteri dan Johor, malah mencerminkan komitmen MBIP dalam menyokong agenda pembangunan landskap yang kreatif, lestari dan memberi manfaat kepada masyarakat.




