Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
LAKSAMANA RUN 2026: LANGKAH BERSAMA, KONGSI SEMANGAT
08 Ogos 2026 | Dataran Laksamana, Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri
Dataran Laksamana kembali meriah dengan penganjuran Laksamana Run 2026, anjuran Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation (TLJCF) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Acara larian 5KM ini menghimpunkan peserta daripada pelbagai peringkat usia dalam suasana penuh semangat, di samping menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan komuniti serta menyokong usaha murni Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, selaku Penaung Diraja Laksamana Run, yang berkenan menyempurnakan sesi flag-off.
Suasana malam turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan CITRA dan cabutan bertuah.
Lebih daripada sekadar larian, Laksamana Run 2026 menyatukan komuniti dalam semangat kesihatan, kebersamaan dan kemanusiaan.



