Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
MAJLIS ASPIRASI DAN PENYAMPAIAN AGENDA STRATEGIK MAJU JOHOR 2030
10 Ogos 2026 | Fraser Place Puteri Harbour, Iskandar Puteri
Majlis Aspirasi dan Penyampaian Agenda Strategik Maju Johor 2030 bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor telah berlangsung di Fraser Place Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
Majlis ini turut menyaksikan penyampaian amanat oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, berkaitan aspirasi serta hala tuju strategik Maju Johor 2030 yang perlu diterjemahkan melalui peranan dan tanggungjawab PBT.
Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP diiringi YBhg. Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP, Timbalan Setiausaha MBIP serta barisan Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Penyampaian amanat ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga PBT untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap perancangan dan pembangunan memberi impak positif kepada masyarakat.
Komitmen dan kesepaduan seluruh warga PBT amat penting dalam memastikan agenda Maju Johor 2030 dapat direalisasikan demi pembangunan Johor yang progresif, mampan dan sejahtera.
Bersama memperkukuh perkhidmatan, memperkasa pembangunan dan menjayakan aspirasi Maju Johor 2030.

