Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 |
AKTIVITI PLOGGING DAN PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
10 Ogos 2026 | Blok A6-B3, Flat Jentayu Kangkar Pulai
Pada 10 Ogos 2026 (Isnin), satu aktiviti plogging telah dilaksanakan di Blok A6-B3, Flat Jentayu Kangkar Pulai dengan penglibatan seramai 33 orang peserta termasuk kehadiran warga penduduk blok tersebut.
Sepanjang aktiviti ini dijalankan, sebanyak 58 kilogram sampah berjaya dikutip. Namun begitu, usaha dan kerjasama penduduk perlu dipertingkatkan supaya tidak membuang sampah merata di dalam kawasan flat berkenaan.
MBIP berharap agar orang ramai, khususnya penduduk setempat diseru untuk bersama-sama mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah merata-rata, demi memastikan kawasan ini terus kekal bersih, indah dan selesa untuk semua.

