KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Ogos 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
     
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
      
LAWATAN VERIFIKASI PELAKSANAAN KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2026
12 Ogos 2026 | Bandar Uda Utama

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah tercalon dalam senarai pendek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 13 PBT yang mengambil bahagian dalam pengurusan Kempen Cegah Wabak Denggi 2026. Untuk makluman, majlis pelancaran kempen telah diadakan pada 18 Julai 2026 yang lalu. Lawatan verifikasi ini telah dijalankan oleh panel penilai daripada Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diketuai oleh Encik Jegathesan a/l Ratnam dan Encik Mohd Zulfadli bin Nordin. Lawatan ini turut disertai oleh Puan Nurulain binti Rahmat, Pengarah Kesihatan Awam, MBIP.
Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan verifikasi yang merangkumi semakan data dan tinjauan ke atas lokaliti kempen. Penyertaan dan pelaksanaan Kempen Cegah Wabak Denggi ini merupakan salah satu usaha pihak pentadbiran MBIP dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan kawasan persekitaran dalam usaha untuk mencegah penularan wabak denggi.
Tiada aedes, tiada denggi


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri