Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
CERAMAH MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN WARGA KERJA DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
CERAMAH MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN WARGA KERJA DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan ceramah integriti dengan kerjasama Unit Kaunseling Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor bertajuk “Ceramah Menangani Gangguan Seksual Dalam Kalangan Warga Kerja di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri” bertempat di Auditorium, Aras 1, MBIP, Medini. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Norzamfiza binti Kamaros Zaman selaku Ketua Unit Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Tujuan ceramah diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan serta kesedaran mengenai jenayah seksual di tempat kerja kepada semua kakitangan. Selain dapat memelihara perhubungan di tempat kerja agar lebih harmoni, saling hormat-menghormati dan meningkatkan nilai budi bahasa.
Seramai 267 orang kakitangan MBIP telah turut serta dalam program ini. Semoga dengan pelaksanaan program ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada warga kerja MBIP bagi menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.


