Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
KEMPEN BEBAS POLISTERIN, PEMBERIAN STRAW ATAS PERMINTAAN, TATACARA PENGENDALIAN MAKANAN DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI BAZAR RAMADAN & BAZAR RAYA SEMPENA JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2024
KEMPEN BEBAS POLISTERIN, PEMBERIAN STRAW ATAS PERMINTAAN, TATACARA PENGENDALIAN MAKANAN EDARAN BEKAS MAKANAN PROGRAM MY SAVE FOOD DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI BAZAR RAMADAN & BAZAR RAYA SEMPENA JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2024
19 Mac 2024 | Selasa
Bazar Ramadan Medan Nusa Perintis 2, Taman Nusa Perintis
Kempen ini telah dijalankan di Medan Nusa Perintis 2, Taman Nusa Perintis yang melibatkan sebanyak 126 petak dan seramai 126 orang peniaga bazar Ramadan tersebutl.
Selain itu juga, pihak SW Corp yang turut hadir bersama telah melakukan edaran bekas makanan & program My Save Food yang menyokong gerakan pengurangan plastik dalam kalangan peniaga dan pembeli.
Kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada para peniaga mengenai larangan mandatori penggunaan polisterin, pemberian straw atas permintaan, tatacara pengendalian makanan edaran bekas makanan Program My Save Food dan pengurusan sisa pepejal dengan lebih sempurna.
Kempen ini juga telah mendapat sambutan positif dan kerjasama yang baik daripada pihak peniaga mahupun pengunjung. MBIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peniaga dan pengunjung bazar Ramadan di atas sokongan penuh yang telah diberikan.
#JohorBersih

