Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 |
PROGRAM CERAMAH KESIHATAN MENTAL UNTUK SUKARELAWAN MENJALANKAN MISI BENCANA
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Program Ceramah Kesihatan Mental Untuk Sukarelawan Semasa Menjalankan Misi Bencana yang disampaikan oleh Encik Muhammad Syakirin bin Md Salleh, Pegawai Psikologi di Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru. Objektif utama ceramah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental setiap para sukarelawan.
Program ini telah dihadiri oleh YM Ungku Ahmad bin Ungku Haji Mohd Zakaria, Pengarah Pembangunan Masyarakat merangkap Penyelaras Southern Volunteers Iskandar Puteri dan turut dihadiri seramai 180 sukarelawan. Semoga penyampaian ilmu yang diberikan tadi sedikit sebanyak memberi manfaat dan persediaan kepada semua yang terlibat.



