Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 |
PROGRAM SEMARAK SUBUH 2024
5 Julai 2024 | Masjid At-Taqwa, Taman Pulai Utama
Program Semarak Subuh telah berlangsung dengan memberangsangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Pulai Utama. Program ini dimulakan dengan solat subuh, bacaan 10 ayat awal dan akhir surah Al-Kahfi, seterusnya tazkirah ringkas. Kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar; En. Fakhrul Zafran, Ahli Majlis Zon Taman Universiti, Ahli qariah masjid dan pegawai-pegawai MBIP turut mengimarahkan Semarak Subuh. Sumbangan daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri disampaikan oleh YB ADUN Kota Iskandar kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid sebagai tanda penghargaan. Semoga sentiasa istiqamah mengimarahkan semarak subuh.


