KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
AKTIVITI PLOGGING DAN PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) DAN KEMPEN BANTERAS NYAMUK AEDE/ SEMPENA JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
8 September 2024 | Ahad

Bersempena Program Johor Bersih, pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengadakan aktiviti plogging di Pangsapuri Pulai Utama (Jalan Pulai 83) pada hari Ahad, 8 Sept 2024.
Pada hari tersebut, aktiviti plogging ini dijalankan bersama-sama dengan pelajar Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Johor Bahru (ILKKMJB), kakitangan MBIP, pihak JMB, SWM/SWCorp serta penduduk setempat yang menjumlahkan seramai 67 orang telah terlibat dalam aktiviti plogging ini.
Sampah yang telah berjaya dikutip dan dibersihkan sepanjang aktiviti berlangsung adalah sebanyak 124kg.
MBIP menyeru kepada semua warga penduduk Iskandar Puteri untuk mengambil berat dengan kawasan penduduk setempat. Kita adalah jaminan untuk penduduk generasi akan datang justeru itu kita kena pastikan kawasan bersih dan selamat. Marilah bersama-sama menanamkan rasa cinta terhadap alam sekitar dan sungai kita.







PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri