KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
SEMINAR PEMERKASAAN KAWALAN PENGURUSAN TRAFIK DI KAWASAN PEMBANGUNAN ISKANDAR PUTERI “EMPOWERING TRAFIK MANAGEMENT FOR ALL”
11 & 12 September 2024 | Dewan Utama, MBIP

Seramai hampir 250 orang Peserta kursus adalah terdiri daripada Penjawat Awam Kakitangan Teknikal, Jabatan Kejuruteraan PBT, Jabatan Penguatkuasaan PBT, Pemaju Perumahan, Konsultant, Kontraktor, Syarikat Utiliti dan Syarikat Konsesi.
Turut hadir sama penyertaan dari pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Perbadanan Putrajaya, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Kulai dan Majlis Perbandaran Pontian.
Pengurusan Trafik semasa kerja pembinaan adalah salah satu fungsi yang terpenting pada masa kini. Setiap pihak perlu cakna terhadap pematuhan pengurusan trafik. Ianya perlu dirancang, diatur, dikawal dan dilaksanakan dengan betul untuk memastikan tapak projek mematuhi keperluan trafik dan undang-undang. Kursus ini akan diberikan 20 mata CCD CIDB dan 9 mata CPD MBOT.
Kursus ini disempurnakan oleh Yang Dihormati Ts. Mohd Zamri bin Buang, Jurutera Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkap Pengerusi Koperasi Iskandar Puteri Berhad. Ucapan terima kasih buat kedua-dua penceramah dari CIDB iaitu Encik Suhaimy bin Md Noh dan Encik Ab Razak bin Rahman.
Terima kasih juga diucapkan kepada barisan Ahli Lembaga Koperasi dan Urusetia yang menyumbang idea dan tenaga dalam menjayakan kursus ini. InshaAllah kita akan berjumpa lagi nanti di kursus yang akan datang.
Sekian.













PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri