Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI: TAKLIMAT PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH SERTA KESALAHAN-KESALAHAN RASUAH DI KALANGAN WARGA KERJA MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
17 SEPTEMBER 2024 | SELASA
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menerusi Unit Integriti telah melaksanakan Kursus Pengukuhan Integriti: Taklimat Pemberian dan Penerimaan Hadiah serta Kesalahan-Kesalahan Rasuah dalam Kalangan Warga Kerja Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bertempat di Auditorium, Aras 1, MBIP, Medini. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Yazid, Pegawai Siasatan Unit Integriti, Kementerian Luar Negeri.
Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang pengetahuan integriti dan kesedaran mengenai rasuah di tempat kerja kepada semua kakitangan MBIP. Selain itu, ianya dapat mewujudkan pentadbiran dan perkhidmatan awam yang cekap dan berdisiplin menerusi penerapan nilai-nilai murni dan akhlak selari dengan prinsip dan nilai integriti dalam MBIP.
Seterusnya dalam kursus yang sama, pendedahan tentang kesihatan mental juga diberikan kepada peserta melalui taklimat yang disampaikan oleh Cik Balkish binti Ab Kadir, Pegawai Psikologi, Unit Kaunseling MBIP dengan perkongsian yang bertajuk "Stress vs Depression". Seramai 200 orang kakitangan MBIP yang telah menyertai kursus ini.
Semoga dengan pelaksanaan kursus integriti ini dapat memberi kesedaran kepada warga kerja bagi menangani isu rasuah di tempat kerja dan kesihatan mental.



