Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
PROGRAM SEMARAK SUBUH JOHOR 2024
20 September 2024 | Surau Ar-Raudhah, Taman Nusa Perintis 2
Program Semarak Subuh pagi ini di Surau Ar-Raudhah, Taman Nusa Perintis 2 dimulakan dengan solat subuh berjemaah, bacaan 10 ayat awal dan akhir surah Al-Kahfi, dan seterusnya tazkirah ringkas. Kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, ADUN Kota Iskandar bersama Tn. Hj. Yusof bin Ahmad, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP); En. Shahril Izwan Abdullah, Pegawai Pembangunan Masyarakat MBIP; En. Rahizam bin Rahmat, Ketua Kampung Melayu Gelang Patah; ahli-ahli qariah surau dan pegawai-pegawai MBIP turut mengimarahkan Semarak Subuh pada pagi ini. Sumbangan darupada MBIP disampaikan oleh YB ADUN Kota Iskandar kepada wakil Pengerusi Jawatankuasa Masjid sebagai tanda penghargaan. Selain itu , YB ADUN Kota Iskandar juga mengadakan lawatan tapak bersama Jurutera MBIP bagi memantau aduan-aduan daripada penduduk setempat. Semoga sentiasa istiqamah mengimarahkan semarak subuh.


