KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
SEMINAR PENDIDIKAN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI STRATA 2024
22 September 2024 | Ahad
Auditorium, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri menerusi Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah menganjurkan Seminar Pendidikan Dan Pemerkasaan Komuniti Strata yang disertai seramai 250 orang wakil daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC), Ejen Pengurusan dan Pemaju daripada skim perumahan berstrata yang berada di dalam kawasan pentadbiran MBIP. Seminar ini juga turut dihadiri oleh Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor. Antara topik-topik yang disampaikan menerusi seminar ini adalah (1) Prosedur Penguatkuasaan dan Tuntutan Caj Penyelenggaraan, (2) Pengurusan Kewangan JMB/MC, (3) Undang-Undang Kecil Pengurusan Strata. Datuk Bandar, Merangkap Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, YB Dato' Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad hadir bagi merasmikan seminar ini yang bertujuan untuk mencapai matlamat penyampaian informasi, perkongsian mengenai pengurusan strata serta meningkatkan taraf kehidupan komuniti berstrata secara harmoni. Pihak MBIP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Tuan S.M. Palaniappan, Pegawai Undang-Undang, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); PMgr. Mohd Yusnaidi Bin Salleh, Pegawai Penilaian, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan PMgr. Mohd Razik Bin Haji Mohamed Shakif, Ketua Unit COB, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang telah memenuhi undangan sebagai penceramah. Hadir sama, Puan Eniza Binti Zainal Abidin, Pengarah Pesuruhjaya Bangunan; Ahli-ahli Majlis MBIP; Pengarah serta Pegawai dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

"Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera"






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri