KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
HARI PERTAMA SEMINAR GUCI 2024: MEMBUKA JALAN KE ARAH MASYARAKAT RENDAH KARBON
Seminar GUCI 2024 bermula dengan mengumpulkan pemegang taruh daripada sektor kerajaan, akademia, masyarakat, dan industri untuk bekerjasama dalam pembangunan mampan di Johor khususnya di Iskandar Puteri. Seminar ini bertujuan untuk mewujudkan sinergi antara sektor-sektor tertentu bagi mencapai matlamat pembangunan rendah karbon dan kelestarian di peringkat negeri dan nasional.

Dua sesi utama "Keynote Speech" disampaikan dengan penuh inspirasi oleh Encik Ong Pang Yen daripada Sunway Group dengan tajuk "Sustainable Development for All" yang menekankan kepentingan pembangunan mampan yang bersifat inklusif untuk semua lapisan Masyarakat, dan diteruskan dengan sesi kedua oleh Yang Berhormat Dato' Ir. Hasni bin Mohammad dengan tajuk "Sustainable Development in Johor" yang memberikan gambaran menyeluruh tentang usaha pembangunan lestari di Johor dan peranan penting yang dimainkan oleh semua pihak.
Seminar ini turut menampilkan tiga penceramah yang memberi input kritikal terhadap isu-isu kemampanan di Malaysia, dan membincangkan topik-topik penting termasuk teknologi hijau, pengurusan bandar, dan tanggungjawab sosial, yang semuanya bertujuan untuk membina masyarakat yang lebih lestari.

Seterusnya, para peserta terlibat dalam dua sesi forum perbincangan yang memfokuskan kepentingan berkolaborasi antara sektor seperti kerajaan, komuniti, industri, dan akademia dalam mewujudkan perubahan yang bermakna untuk menangani cabaran perubahan iklim.

Pameran interaktif yang diadakan sepanjang seminar mempamerkan pelbagai inovasi teknologi hijau dan projek pembangunan bandar rendah karbon, memberi peluang kepada para peserta untuk melihat bagaimana teknologi dan inovasi dapat diintegrasikan dalam kehidupan harian.

Melalui seminar pada hari ini, pelbagai ruang dan peluang dibuka untuk perbincangan dan kolaborasi. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat. Nantikan lebih banyak sesi menarik sepanjang acara ini, yang akan terus memberi inspirasi kepada semua untuk terlibat dalam pembangunan mampan dan tindakan iklim.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri