Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
HARI KEDUA SEMINAR GUCI 2024: MEMPERSIAP MBIP MENUJU BANDAR MAMPAN
Seminar GUCI 2024 yang julung kali diadakan penuh dengan inspirasi dan kolaborasi. Menampilkan sesi seperti Seminar Pembangunan Mampan, Forum Masyarakat Rendah Karbon, dan Syarahan GUCI, acara ini mengumpulkan pakar dari pelbagai organisasi, antaranya Johor Sustainable Centre (JSC), Kumpulan Sunway, UTM dan MBIP.
Majlis penutup seminar turut menyaksikan penyampaian Anugerah GUCI yang menghargai usaha pemegang taruh dalam pembangunan mampan serta pertukaran MoU penting dengan kerjasama UTM, JPNJ, IRDA, Sunway Property dan lain-lain untuk memperkukuh inisiatif Bandar Rendah Karbon di Iskandar Puteri.
Tahniah juga kepada 23 penerima Geran Komuniti IPRK 4.0 bernilai RM500,000 yang telah berjaya melaksanakan lebih 94 projek rendah karbon. Iskandar Malaysia juga diraikan atas kejayaan dalam WWF One Planet City Challenge (OPCC)
Inilah langkah bersama ke arah masa depan yang lebih mampan dan rendah karbon!
#PembangunanMampan
#RendahKarbon
#IPRK
#BandarRendahKarbon
#SDG
#ESG







