Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sunway Property bagi Usaha Membangunkan Zon Karbon Rendah di Sunway City Iskandar Puteri
MBIP terus melangkah ke hadapan dalam usaha mencapai matlamat bandar rendah karbon dengan kerjasama bersama Sunway Property, yang merupakan pemaju pertama bekerjasama dengan MBIP untuk inisiatif rendah karbon di Sunway City Iskandar Puteri (SCIP).
Melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai, MBIP dan Sunway Property akan bekerjasama dalam pelbagai inisiatif termasuk penerapan teknologi bandar pintar, rekaan seni bina hijau, serta penyelesaian pengangkutan mesra alam. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menyokong Pelan Tindakan Iklim Iskandar Puteri 2030 (IPCAP 2030), yang memfokuskan kepada mewujudkan persekitaran bandar yang mampan dan mesra alam.
Kerjasama ini turut menekankan pentingnya pendidikan, komunikasi dan kesedaran awam (CEPA) dalam memupuk minda rendah karbon di kalangan penduduk, perniagaan, dan komuniti setempat. Dengan penekanan ini, kami berhasrat untuk mempromosikan budaya kelestarian dan mengajak semua untuk bersama-sama mengurangkan jejak karbon ke arah masa depan yang lebih hijau.
Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP, turut menyatakan, "Kerjasama ini adalah satu pencapaian penting dalam perjalanan kita ke arah bandar rendah karbon. Dengan penggabungan teknologi pintar dan amalan mampan, kita bukan sahaja mengurangkan pelepasan karbon, malah meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan ini."
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan menyokong usaha ini termasuk komuniti setempat, rakan kerjasama, dan Sunway Property.
Mari kita sama-sama menyokong usaha ini demi menjamin kesejahteraan alam sekitar dan masa depan yang lebih cerah!
