Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
HARI CUCI MALAYSIA 2024: PROGRAM PEMBERSIHAN MEGA (PPM) SEMPENA WORLD CLEAN UP DAY 2024 PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
28 September 2024 | Sabtu
Denai Sungai Skudai, Taman Impian Emas, Skudai
Program ini turut disertai oleh Encik Shahrulizam Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP, , Ir. Abd Razak Abdul Aziz, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran, Tuan Sofian Yusof, Penolong Pegawai Penguatkuasa SWCorp, Tuan Muhammad Azmi Hamid, Eksekutif Operasi SWM Environment Sdn. Bhd., Ahli-ahli Majlis, pengarah-pengarah jabatan dan kakitangan MBIP serta komuniti setempat.
Program Pembersihan Mega ini merupakan program yang dianjurkan oleh pihak KPKT secara besar-besaran dan dilaksanakan serentak oleh semua PBT di seluruh negara.
Selaras dengan Program Johor Bersih yang giat dilaksanakan oleh 16 PBT di Negeri Johor, program ini juga mempunyai objektif yang sama iaitu penekanan kepada aspek kebersihan dan mewujudkan kesedaran serta membudayakan amalan menjaga kelestarian alam dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, program ini turut mensasarkan untuk mencapai pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi penglibatan jabatan/organisasi terbanyak, penglibatan lokasi terbanyak, penglibatan peserta teramai, pelaksanaan program pembersihan dalam tempoh terpanjang dan kutipan sisa terbanyak.
Melalui program ini, ia dapat meningkatkan lagi imej negeri serta menunjukkan kematangan dan disiplin rakyat bagi isu kebersihan di negeri Johor.



