Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
PROGRAM PENYEDIAAN BATAS ORGANIK : TEKNIK HUGEL KULTUR DAN KOMPOS
27 September 2024 | Jumaat
Program Penyediaan Batas Organik menggunakan teknik Hugel Kultur dan kompos anjuran Jabatan Landskap, MBIP telah berlangsung dengan jayanya di Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.
Program ini juga telah dihadiri seramai 75 orang peserta daripada kalangan murid, guru dan juga kakitangan Jabatan Landskap. Peserta diterapkan dengan pengetahuan pengurusan sisa organik secara sistematik dimana sisa-sisa tersebut disusun dan digunakan semula untuk dijadikan medium tanaman yang lebih berkualiti melalui kaedah pengkomposan.
Diharapkan agar sesi ilmiah ini dapat menjadi faktor penting kepada para pelajar untuk mencuba dan menarik minat mereka ke arah pertanian bandar bagi muwujudkan persekitaran yang lebih baik dan mampan.