Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 |
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MINGGU SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT MBIP 2024
29 September 2024 | Denai Sungai Skudai, Taman Impian Emas
Sambutan Hari Sungai sedunia julung kali diadakan di peringkat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan sokongan rakan strategik iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Jabatan Perikanan Johor, Iskandar Regional Development Authorities (IRDA), SAJ Ranhill, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, dan Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya.
Program ini selaras dengan tindakan Laporan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Skudai bagi cadangan meningkatkan kesedaran dan pendidikan kebersihan sungai.
Majlis yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Johor ini turut dihadiri Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP, Yang Berhormat Puan Marina binti Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Yang Berhormat Datuk Pandak bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar, Ir. Ts. Abdul Razak bin Abdul Aziz, Jurutera Daerah Johor Bahru, JPS, Prof. Dr. Zainura Zainon Noor, Pengarah Institut Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air (IPASA), Datuk Haji Mohammad Khairi bin A. Malik, Ketua Whip MBIP, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-pengarah dan kakitangan MBIP, serta para pelajar dari sekolah-sekolah dalam kawasan MBIP.