KALENDAR AKTIVITI

Takwim
September 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
      
MAJLIS CABUTAN BERTUAH CUKAI HARTA 2024 MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
30 September 2024 | Dewan Auditorium, Bangunan MBIP, Medini

Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Bandaraya Iskandar Puteri yang dijadualkan berlangsung pada bulan November, telah diadakan Majlis Cabutan Bertuah Cukai Harta Tahun 2024. Majlis ini melibatkan sejumlah besar penyertaan di mana sebanyak 92,520 pegangan individu memenuhi syarat yang melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah cukai harta yang diadakan pada tahun ini.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Turut hadir dan membuat cabutan utama ialah Datuk Haji Mohammad Khairi Bin A. Malik, Ketua Whip MBIP, Encik Tambi Omar Bin Latip dan Encik Fakhrul Zafran Bin ABSL Kamarul Azman, Ahli Majlis MBIP.
MBIP telah menyediakan pelbagai hadiah menarik berjumlah sehingga RM200,000 untuk diberikan kepada para pemilik pegangan harta yang telah menjelaskan bayaran Cukai Harta bagi tahun 2024. Hadiah utama merupakan sebuah kenderaan nasional Perodua Bezza, manakala tempat kedua berupa sebuah skuter elektrik jenama Blueshark dan ketiga ialah sebuah basikal berkuasa elektrik.
Pihak MBIP akan menghubungi pemilik pegangan yang bertuah dalam tempoh terdekat. Penyerahan tiga (3) hadiah utama cabutan bertuah ini akan diadakan dalam suatu majlis yang akan dimaklumkan kelak.








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri