Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
PERANCANGAN KAWASAN PERKHIDMATAN KESIHATAN KERAJAAN BERSAMA PEGAWAI PERUBATAN DAN JURURAWAT, JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
30 September 2024 | Bangunan MBIP, Bandar Medini
Tahukah anda bahawa Malaysia kini berada di tangga ke-27 daripada 195 negara dalam Global Health Security Index 2021? Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian ini adalah akses luas kepada perkhidmatan kesihatan kerajaan yang berkualiti.
Pada 30 September 2024, MBIP telah mengadakan bengkel yang melibatkan Doktor dan jururawat dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, bertujuan untuk bersama-sama merancang kawasan operasi perkhidmatan pesakit luar, serta perkhidmatan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak. Kami berusaha memastikan seluruh kawasan pentadbiran MBIP diliputi dengan kemudahan Klinik Desa dan Klinik Kesihatan yang mencukupi. Walaupun komuniti bebas memilih perkhidmatan kesihatan swasta, perancangan rapi perkhidmatan kesihatan kerajaan tetap penting, khususnya dalam pengawalan jangkitan dan pengurusan bencana.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada 15 Klinik Kesihatan dan Klinik Desa, serta pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pejabat Daerah Johor Bahru atas kehadiran dan sumbangan mereka dalam bengkel ini.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kami menuju ke arah sebuah bandar raya pintar yang mampan dan sejahtera.


