KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Oktober 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
PENILAIAN ANUGERAH MALAYSIAN INDUSTRIAL SAFETY AND HEALTH ASSOCIATION (MiSHA)
1 Oktober 2024 | Bilik Mesyuarat MBIP, Bandar Medini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menjalani sesi pembentangan Penilaian Anugerah Malaysian Industrial Safety And Health Association (MiSHA) bagi kategori 'MiSHA Excellence Award on Occupational Safety & Health (OSH) Risk Management in Government Sector 2024 Code MMA 23'. Tahun ini merupakan tahun kedua bagi MBIP menyertai pengauditan untuk mendapatkan anugerah ini.
Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh YM Ungku Suzana Binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP dan para panel penilai merupakan dari Malaysian Industrial Safety and Health Association (MiSHA) yang diketuai oleh Puan Nurliyana Binti Mohd Nor, Ketua Penilai NIOSH.
Tujuan MBIP menyertai anugerah ini adalah sebagai satu usaha untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghormatan atas usaha serta pencapaian cemerlang MBIP bagi meningkatkan tahap pengurusan risiko keselamatan, kesihatan dan alam sekitar di tempat kerja, selain daripada untuk memperbaiki pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam organisasi melalui maklumbalas daripada panel penilai yang berkelayakan dan memahami kelebihan dan kelemahan dalam pengurusan risiko OSH di dalam organisasi MBIP.
Selain itu, dengan menyertai anugerah ini juga MBIP dapat memotivasikan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja untuk terus meningkatkan usaha mereka dalam mencapai standard keselamatan dan kesihatan yang lebih tinggi.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri