Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
PROGRAM SEMARAK SUBUH JOHOR 2024
9 Oktober 2024 | Masjid Daing Abdul Rahman, Nusa Idaman
Program Semarak Subuh & Tahsin Qiraat telah diadakan di Masjid Daing Abdul Rahman, Nusa Idaman. Program ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Imran Bin Razali, Imam Masjid Daing Abdul Rahman dan diikuti dengan berselawat bersama-sama jemaah. Program diteruskan dengan sesi Tahsin Qiraat (Juz Amma) yang dipimpin oleh Ustaz Al-Hafiz Saiful Syahir Bin Mohamad Sopah.
Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Johor serta ahli qariah masjid telah turut bersama-sama mengimarahkan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diadakan secara istiqamah. Allah berkati Johor.



