Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
LARIAN PERSATUAN HOTEL MALAYSIA (MAH) CAWANGAN JOHOR 2024
9 Oktober 2024 | Gateway Garden, Bandar Medini, Iskandar Puteri
Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor merasmikan dan turut berlari bersama dalam Larian Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Johor 2024 yang juga merupakan penutup kepada Kejohanan Sukan MAH Johor. Hampir 800 orang pekerja hotel hadir sebagai peserta larian daripada 39 hotel di Johor yang mengambil bahagian.
Turut hadir sama Yang Berhormat Tuan Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor; Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar; Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP); Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Pegawai Daerah Johor Bahru; Encik Sharil Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor; Encik C.S. Lim, Naib Presiden MAH; dan Encik Ivan Teo, Pengerusi MAH Cawangan Johor.
Program ini juga bertujuan memberi galakan kepada pengusaha dan pekerja bidang perhotelan untuk menceburi bidang sukan selaras dengan usaha kerajaan negeri Johor yang komited meletakkan negeri Johor sebagai pelancongan sukan terkemuka di peringkat antarabangsa sekaligus menyokong program Tahun Melawat Johor 2026.






