KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Oktober 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
AUDIT PENSIJILAN PERINGKAT KEDUA MS ISO 37001:2016 SISTEM PENGURUSAN ANTI-RASUAH (ABMS) & AUDIT PEMANTAUAN PERTAMA MS ISO 9001:2015 SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD
7-9 Oktober 2024 | Pejabat MBIP Medini, Iskandar Puteri

Pengauditan oleh SIRIM QAS International bagi Pensijilan Peringkat Kedua MS ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) dan Pemantauan Pertama MS ISO 9001 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) telah berlangsung selama 3 hari (7 hingga 9 Oktober 2024) di Pejabat Medini, MBIP. Ini merupakan elemen yang penting dalam meningkatkan kualiti produk berprestasi tinggi bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
Mesyuarat Penutup Pengauditan telah diadakan pada 9 Oktober 2024 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP turut serta bersama pengarah-pengarah, auditor dalaman dan pegawai kualiti MBIP.
Sesi pengauditan SIRIM QAS International Sdn Bhd kali ini diketuai oleh Encik Ir. R. Raguraman a/l Ramasamy turut bersama Encik Mohd Shahril Mohd Arshad dan Encik Mohd Mauududi bin Muhamad Noor bagi Audit Pensijilan Peringkat Kedua MS ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS). Selain itu, Audit Pemantauan Pertama MS ISO 9001 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) diketuai oleh Puan Nur Ruzaini binti Ab Razak turut bersama Cik Nur Syazwani binti Ahmad Kastalani.
Laporan Auditor SIRIM mendapati MBIP mematuhi semua proses dan prosedur sebagaimana yang telah ditetapkan dan sekaligus layak untuk pensijilan. Pensijilan ini penting bagi memastikan segala prosedur standard dilaksanakan dengan baik dan cemerlang agar teras perkhidmatan kepada pelanggan & pihak berkepentingan sentiasa selari dengan Visi dan Misi MBIP untuk menjadi sebuah Bandaraya Pintar, Mampan dan Sejahtera.







PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri