Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR AWAM FASA 1 : KOMITMEN MBIP UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT
Pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama pelbagai pihak yang berautoriti sedang giat membangunkan projek pembangunan infrastruktur awam Fasa 1 di Taman Teratai dan Taman Sri Pulai. Projek ini melibatkan pembinaan jambatan laluan pejalan kaki dan motosikal, tembok hakisan tebing, serta “flood wall” yang kini berada di persiapan peringkat akhir.
Projek ini bertujuan untuk mempertingkatkan pembangunan sosio-ekonomi kawasan ini dengan menyediakan akses yang lebih baik ke jaringan pengangkutan awam sedia ada, kawasan perdagangan, serta industri yang berhampiran. Pada masa yang sama, ia juga menyokong dasar pembangunan bandar selamat, pemuliharaan kelestarian sungai, dan langkah-langkah tebatan banjir bagi menjaga keselamatan penduduk.
Projek ini juga menyaksikan sesi libat urus pra-penyerahan bersama wakil masyarakat, Ahli Majlis, dan JPS Kulai bagi memastikan segala keperluan komuniti tempatan diambil kira dalam projek ini.





