Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAWASAN HOTSPOT: USAHA MBIP TANGANI RISIKO BANJIR DAN PERUBAHAN IKLIM
Projek tebatan banjir di kawasan hotspot Taman Damai Jaya sedang giat dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), merupakan salah satu usaha penting untuk menangani isu banjir di kawasan ini. Projek ini melibatkan pembinaan tembok hakisan tebing Sungai Melana, “flood wall,” dan sistem On-site Detention (OSD) di Jalan Makmur, Taman Damai Jaya, Skudai. Dimulakan sejak tahun 2023, projek ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2024.
Projek ini telah dirancang sejak tahun 2021 dengan tujuan mengurangkan impak banjir yang sering berlaku di perumahan berhampiran Sungai Melana, yang memberi kesan besar kepada aktiviti sosio-ekonomi, serta menimbulkan kesulitan dan kerugian kepada penduduk setempat. Pelaksanaan projek ini adalah sebahagian daripada strategi MBIP dalam menghadapi cabaran peningkatan perubahan iklim dan kesan Monsun Timur Laut (MTL), sekali gus memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk dalam kawasan pentadbiran MBIP.
Projek ini diharap dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat dengan meningkatkan daya tahan terhadap bencana alam serta memelihara kelestarian kawasan sekitar.
Pihak MBIP juga secara berterusan dan komited mempertingkatkan pembangunan projek tebatan banjir dan daya tahan infrastruktur dengan menaiktaraf serta meremajakan infrastruktur sedia ada di seluruh kawasan bandaraya dalam menghadapi perubahan iklim yg semakin mencabar.



