Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
PROJEK PELEBARAN DAN NAIKTARAF LONGKANG MONSUN : USAHA MBIP TANGANI KERAPUHAN INFRASTRUKTUR USANG, MTL DAN PERUBAHAN IKLIM
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri MBIP kini sedang menjalankan projek pelebaran dan naiktaraf longkang monsun di Jalan Pakis/Rotan, Taman Sri Pulai. Projek ini melibatkan pelebaran parit utama dengan penggantian kepada longkang berbentuk U, pembinaan tembok penahan, dan lain-lain kerja pembaikan.
Projek ini bertujuan untuk menangani masalah infrastruktur saliran yang sudah usang serta menghadapi impak hujan lebat dan perubahan iklim yang menyebabkan kerosakan sistem perparitan dan tanah runtuh. Ia dijangka dapat membantu meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan penduduk, di samping mengurangkan risiko banjir dan aktiviti sosio-ekonomi di kawasan ini.
Projek ini telah dirancang sejak tahun 2022 dan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MBIP untuk menaiktaraf dan meremajakan infrastruktur di kawasan perumahan lama yang berkepadatan tinggi. Dengan sokongan penduduk, projek ini diharap dapat disiapkan mengikut jadual dan bebas dari sebarang pencerobohan.
Projek ini masih dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada akhir tahun ini.






