KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Oktober 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
PROGRAM KESIHATAN MENTAL SEDUNIA DAN HARI PENCEGAHAN BUNUH DIRI SEDUNIA 2024
Program kesihatan anjuran Hospital Permai Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh YM Ungku Suzana Binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP. Program ini melibatkan kakitangan MBIP, Ahli Majlis, dan komuniti setempat.
Tema program kesihatan tahun ini ialah “Utamakan Kesihatan Mental di Tempat Kerja Dan Ubah Tanggapan , Bina Harapan” sekaligus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan mental serta langkah-langkah pencegahan bunuh diri, terutamanya dalam kalangan orang dewasa dan golongan yang terdedah kepada masalah kesihatan mental. Program ini juga menekankan keperluan untuk menghapuskan stigma yang masih wujud terhadap individu yang menghadapi masalah kesihatan mental.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini termasuk ceramah kesihatan mental dikendalikan oleh pakar-pakar dari Hospital Permai Johor Bahru dan penceramah jemputan. Ruang pameran juga disediakan untuk memberi pendedahan kepada peserta dan para peserta juga dapat membuat saringan ujian kesihatan dikendalikan oleh pihak KKM.
Pihak MBIP berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri