KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Oktober 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
PERASMIAN PERSIDANGAN PERHUTANAN BANDAR KEBANGSAAN 2024 (NUFC 2024): HUTAN BANDAR UNTUK KELESTARIAN KOMUNITI
Persidangan Perhutanan Bandar Kebangsaan 2024 (NUFC 2024) anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP dan turut dihadiri Yang Berbahagia Dato' Dr Ismail bin Haji Parlan, Ketua Pengarah FRIM; Yang Berusaha Dr Wan Mohd Syukri bin Wan Ahmad, Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM; Yang Berusaha Dr Ahmad Nazarudin bin Mohd Roseli, Pengerusi NUFC 2024; dan Encik Shahrulizam bin Abd Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP.
Persidangan yang disertai oleh penyelidik, ahli akademik, kakitangan pihak berkuasa tempatan, badan korporat, NGO, dan pelajar institusi pengajian tinggi ini menjadi platform untuk berkongsi ilmu dan hasil penyelidikan terkini mengenai pembangunan bandar yang lestari, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan.
Topik utama termasuk perancangan dan pengurusan ruang hijau, aplikasi teknologi terkini, serta amalan arborikultur, dan turut mengupas peranan kawasan hutan bandar dalam memperkasa kawasan hijau komuniti, tanggungjawab sosial korporat (CSR), dan kepentingan eko-literasi dalam kalangan masyarakat.
Mari bersama-sama membina masa depan bandar yang lebih hijau dan mampan!






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri