Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
AKTIVITI EDARAN RISALAH: TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH MBIP
23 Oktober 2024 | Jalan Pulai Utama 22, Pasar Malam Taman Pulai Utama
Jabatan Kesihatan Awam MBIP telah mengadakan edaran Risalah Tanggungjawab Menjaga Kebersihan sempena Kempen Johor Bersih di Pasar Malam Taman Pulai Utama. Aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para penjaja dan pengunjung yang hadir.
Matlamat utama adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya peranan kita semua dalam menjaga kebersihan persekitaran. Ini termasuk menggalakkan amalan kitar semula, larangan penggunaan polisterin dan straw, pencegahan denggi, serta menyokong Kempen Johor Bersih yang sedang giat dijalankan.
Pihak MBIP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penjaja dan pengunjung yang memberi sokongan penuh kepada usaha ini. Bersama-sama kita jadikan Johor lebih bersih dan sihat!


