KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Oktober 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
   
LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI KE MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
Delegasi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang diketuai oleh Puan Salwa binti Abd Rashid, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBIP telah disambut baik oleh Encik Mohd Syafiq Hanis bin Hamli, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) berserta pegawai-pegawai MBPG dalam satu lawatan kerja sambil belajar yang diadakan bagi mendapatkan pengetahuan dan maklumat berkenaan pembangunan radio atas talian.
Lawatan dimulakan dengan sesi lawatan ke Galeri MBPG sebelum diteruskan dengan sesi pembentangan oleh Encik Mohd Syafiq Hanis bin Hamli yang berkongsi tentang perancangan strategik dan keperluan dalam pembangunan Radio Dynamic Pasir Gudang, yang merupakan radio atas talian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang pertama di negeri Johor. Lawatan kemudian diteruskan dengan lawatan ke konti Radio Dynamic Pasir Gudang dan Studio TV Dynamic bagi delegasi MBIP menimba sendiri pengalaman secara langsung.
Terima kasih diucapkan kepada MBPG atas kesudian menerima lawatan dan pelbagai pendedahan, pandangan dan maklumat yang diberikan sepanjang lawatan ini.







PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri