Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
7 November 2024 | Bangunan MBIP, Bandar Medini
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima kunjungan daripada delegasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang diketuai oleh Puan Janita Thomas Felix, Ketua Unit Audit Dalam diiringi Puan Nur Amira binti Tanwir selaku wakil daripada Unit Integriti MBPP.
Lawatan Penanda Aras ini bertujuan mendapatkan pendedahan yang komprehensif kepada kakitangan melalui sesi pembentangan oleh Puan Fadzilah binti A. Rahim, Pengarah Unit Audit Dalam dan Tuan Haji Emrizal bin Abdul Rahman, Pengarah Unit Integriti MBIP mengenai proses pelaksanaan dan peranan serta tanggungjawab Unit Audit Dalam dan Unit Integriti bagi memperkukuhkan kefahaman mengenai peranan penting dalam meningkatkan kecekapan dan integriti.
Diharap sesi taklimat yang diadakan sedikit sebanyak dapat membantu MBPP dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan untuk pembangunan perkhidmatan awam yang berkesan.

