KALENDAR AKTIVITI

Takwim
November 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
 
LAWATAN TEKNIKAL DAN SESI TAKLIMAT PERANCANGAN PEMBANGUNAN : DELEGASI UTM KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
12 November 2024 | Bangunan MBIP, Medini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menerima kunjungan mahasiswa dan pensyarah daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Lawatan ini melibatkan mahasiswa program Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah, Sarjana Perancangan Pengangkutan, dan Sarjana Perancangan Pelancongan di bawah Fakulti Alam Bina dan Ukur yang diketuai oleh Ts. Dr. Zuhra Junaida binti Husny Hamid, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia.
Sesi lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan mahasiswa kepada perkembangan dan contoh projek semasa di bawah seliaan MBIP, sambil berkongsi idea dan pengetahuan dalam aspek perancangan bandar yang mampan dan berdaya saing. Antara topik yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Proses Pembangunan Tanah di MBIP
2. Projek Revitalisasi Bandar dan Kejiranan
3. Isu-isu dan cabaran semasa pengangkutan di Taman Universiti
4. Perancangan Pengangkutan Awam di Iskandar Puteri
5. Pembangunan Pelancongan di MBIP termasuk kawasan Kg. Sungai Melayu
Semoga sesi lawatan ini menjadi pengalaman berharga yang memperkayakan ilmu dan kefahaman semua peserta









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri