KALENDAR AKTIVITI

Takwim
November 2024
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
    
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
 
BENGKEL PENYELARASAN JOHOR BERSIH DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI JOHOR
14 November 2024 | Khamis
Hotel Grand Paragon, Johor Bahru

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang telah dilantik sebagai peneraju Johor Bersih di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Johor Bersih Di PBT Negeri Johor di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, yang dihadiri seramai 46 orang peserta, serta turut dihadiri oleh Cik Nur Amiza Ezrin Aminudin, Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUK), Ahli Majlis MBIP iaitu Encik Fakhrul Zafran ABSL Kamarul Azman dan Puan Chuah Lee Hui, pelbagai PBT iaitu MBJB, MBPG, MPKu, MPP dan MPPn, Jabatan Kerja Raja, Jabatan Pengairan dan Saliran, SWCorp, Iskandar Regional Development Authority (IRDA) serta pihak konsesi.
Fokus utama bengkel ini diadakan adalah untuk menjadikan kebersihan berada di tahap yang terbaik khususnya di kawasan Johor Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) dan melibatkan beberapa elemen seperti Pembersihan dan Penyelenggaraan Longkang, Parit dan Sungai, Penggunaan Perangkap Minyak di Premis Penyediaan Makanan, Pemotongan Rumput, Pengindahan Landskap, Menaiktaraf Jalan, Pengurusan Sisa Pepejal, Sistem Pencahayaan dan Transformasi Lorong Belakang, Aspek Keselamatan di Pusat Bandar termasuk Zon Bebas Asap Rokok dan lain-lain lagi.
Bengkel ini juga mengambil kira dan mengharmonikan Pelan Tindakan dalam Strategi Johor Bersih (PBT) 2025-2030 yang dikeluarkan oleh pihak SWCorp dan Pelan Strategik yang dibangun oleh setiap PBT.
Diharap agar pengisian yang terhasil di dalam bengkel ini akan merealisasikan Hala Tuju Johor Bersih dalam menjadikan Negeri Johor sebagai sebuah Negeri yang mempunyai tahap kebersihan yang lestari setara dengan negara maju.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri