Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
13 November 2024 | Bangunan MBIP, Medini
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima kunjungan kerja daripada delegasi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertempat di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBIP.
Sepanjang lawatan ini, pelbagai pendedahan, perkongsian pandangan serta maklumat telah diperolehi, terutamanya berkaitan proses dan amalan terbaik dalam kerja-kerja penilaian yang dijalankan di kedua-dua pihak.
Lawatan kerja ini membuka ruang kepada kolaborasi yang lebih erat antara MBIP dan MPKj, dalam usaha mempertingkatkan kecekapan pentadbiran serta kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.
Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kajang atas kunjungan ini. Semoga hubungan kerjasama ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan di masa hadapan!


