Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH CUKAI HARTA DAN PERTANDINGAN SEMPENA KARNIVAL ISKANDAR PUTERI 2024
Bersempena Karnival Iskandar Puteri dan Sambutan Ulang Tahun Ke-7 Bandaraya MBIP, Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Cukai Harta berlangsung meriah pada 24 November 2024, bertempat di Dataran Iskandar Puteri, Iskandar Puteri. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP, diiringi oleh YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad bermula jam 10.00 pagi.
Tahniah kepada pemenang utama cabutan bertuah yang membawa pulang sebuah Perodua Bezza 1.3 X bernilai RM50,000 iaitu Sim Song Yih ! Tempat kedua pula dimenangi oleh Abdul Halim bin Abdul Raof yang membawa pulang Motorsikal Elektrik yang berjenama BlueShark bernilai RM15,000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh En Md Ansari Bin Jamrah & Puan Radhiah binti Yusoff dan yang memenangi sebuah basikal elektrik berjenama Zeus bernilai RM8,000.
Cabutan bertuah ini melibatkan lebih kurang 92,520 ribu pegangan individu yang layak, dan sesi cabutan telah berlangsung lebih awal pada 30 September 2024 di Auditorium MBIP.
Selain itu, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang untuk pertandingan :
- Pertandingan Mewarna Poster Keselamatan bagi Kategori A (5-6 tahun), Kategori B (7-9 tahun), dan Kategori C (10-12 tahun)
- Pertandingan Poster Digital Keselamatan ICT 2024 di bawah Program Bridging the Digital Divide (BDD) dengan kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.
Tidak ketinggalan, penghargaan juga diberikan kepada pemenang Program Jom Hijau (5 kategori) yang memupuk kesedaran alam sekitar.
Dengan pelbagai hadiah menarik dan anugerah penghargaan seperti ini, diharap pemilik harta terus bersemangat dalam menjelaskan cukai harta mereka pada masa akan datang.









