Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
SEMINAR KOMUNITI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI TAHUN 2024 : KESELAMATAN KOMUNITI TANGGUNGJAWAB BERSAMA
27 November 2024 | Pulai Springs Resort
Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Seminar Komuniti MBIP Tahun 2024 bertemakan Keselamatan Komuniti Tanggungjawab Bersama, salah satu inisiatif di bawah Local Agenda 21, dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti dalam memastikan keselamatan persekitaran yang harmoni.
Seminar ini dihadiri oleh YM Ungku Ahmad bin Ungku Haji Mohd Zakaria, Pengarah Pembangunan Masyarakat, bersama Ahli Majlis MBIP, wakil daripada IPD Johor Bahru Utara, Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru serta Jawatankuasa Penduduk Zon/Taman.
Seminar dimulakan dengan ceramah bertajuk Pelindung Atau Perisai oleh Tuan Haji Helmy bin Haji Mohammad Yahya, Timbalan Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru, yang mengupas peranan komuniti dalam mewujudkan kejiranan bertanggungjawab dan harmoni. Seterusnya, Tuan Haji Emrizal bin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Integriti MBIP, berkongsi tentang Saluran Aduan Salah Laku Warga Kerja MBIP sebagai inisiatif memastikan budaya kerja berintegriti.
Seminar diteruskan dengan ceramah Kesedaran Komuniti dalam Penipuan Scammer oleh ASP Sandrawati binti Abd Latip dari IPD Johor Bahru Utara, yang memberi panduan kepada masyarakat untuk menangani ancaman penipuan scammer.
Pengisian ini bukan sahaja boleh memberi manfaat, malah mampu membuka minda masyarakat tentang peranan penting mereka dalam menjaga keselamatan dan integriti komuniti.









