Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
LAWATAN SAMBIL BELAJAR: MAJLIS PERBANDARAN KAJANG KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
27 November 2024 | Bangunan Pejabat MBIP, Bandar Medini
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berbesar hati menerima kunjungan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), yang diketuai oleh Encik Shariman bin Mohd Nor, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan Majlis Perbandaran Kajang, berkenaan pengurusan sisa industri, sisa binaan, serta kawalan tapak sampah haram di kawasan pentadbiran MBIP.
Lawatan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Muhammad Zamir bin Mohd Zahran, Pegawai Kesihatan Persekitaran MBIP dan dimulakan dengan sesi taklimat penguatkuasaan SWCorp oleh Encik Mohd Hisyamuddin bin Tukijan, Pegawai Penguatkuasa SWCorp Cawangan Iskandar Puteri, yang menerangkan pendekatan serta langkah-langkah yang diambil bagi mengawal pengurusan sisa dengan lebih berkesan.
Sesi kemudian disambung dengan taklimat berkenaan Lesen Berisiko (Perindustrian) oleh Puan Zariah binti Abdul Rahman, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran daripada Jabatan Pelesenan MBIP, yang berkongsi maklumat penting tentang pengurusan lesen di sektor berisiko tinggi.
Perkongsian ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada kedua-dua pihak untuk terus memacu inovasi dan keberkesanan dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan komuniti.






