Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
PROGRAM BERSAMAMU JOHOR MERAIH SOKONGAN KOMUNITI UNTUK BANDAR BERSIH JOHOR 2030
30 November 2024 | Educity Sports Complex
Yang Berhormat Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, telah merasmikan Program Bersamamu Johor di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.
Program ini dianjurkan oleh KPKT melalui SWCorp bertujuan memperkukuh hubungan antara agensi dengan masyarakat serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam usaha kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Justeru, Pihak MBIP telah menerima sijil penghargaan sebagai rakan strategik yang diwakili oleh Tuan Haji Yusof bin Ahmad, Ahli Majlis Zon 13 : Kota Iskandar.
Antara inisiatif utama yang dilancarkan:
- Bandar Bersih Johor 2030
- Kerjasama Pintar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
- Peningkatan ekonomi kitaran melalui program seperti Trash To Cash
Sebagai komitmen untuk menjadikan Johor sebuah negeri yang bersih, indah, dan sejahtera, program ini turut menyasarkan 9 strategi utama Bandar Bersih Johor termasuk meningkatkan kadar kitar semula, melaksanakan tindakan penguatkuasaan sampah haram, serta menyokong program-program seperti Value Food No Waste, Waste To Art, dan KOSIS.
Komitmen bersama ini ditandatangani oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor dan Yang Berhormat Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai simbolik kerjasama pintar antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ke arah Johor yang lebih bersih, lestari, dan sejahtera.