Takwim
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 |
PROGRAM FASILITI SELAMAT - TAMAN PERMAINAN
7 Disember 2024 | Jalan NJM 2/1, Taman Nusa Jaya Mas
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Jabatan Landskap dengan Kerjasama Centre For Estate Studies (UTM Cres) telah menganjurkan program ‘Taman Permainan - Fasiliti Selamat’ bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang keselamatan taman permainan. Program ini dihadiri oleh Encik Lim Soon Hai, Ahli Majlis Zon 18: Skudai Baru, kakitangan Jabatan Landskap MBIP dan komuniti setempat.
Program ini juga diadakan di Bawah inisiatif Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 dan Projek Komuniti Sejahtera – Fasiliti Selamat yang diketuai oleh Sr Dr. Hariati Binti Abdullah Hashim, bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang kepentingan menjaga keselamatan di taman permainan khususnya kanak-kanak yang merupakan pengguna utama bagi tapak permainan ini.
Pihak MBIP berharap agar kita dapat bersama-sama mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk semua.







